وَأَنَّهُۥ هُوَ أَغۡنَىٰ وَأَقۡنَىٰ

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan;


وَأَنَّهُۥ هُوَ رَبُّ ٱلشِّعۡرَىٰ

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra;


وَأَنَّهُۥٓ أَهۡلَكَ عَادًا ٱلۡأُولَىٰ

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang membinasakan kaum "Aad" yang pertama (kaum Nabi Hud), -


وَثَمُودَاْ فَمَآ أَبۡقَىٰ

Dan kaum "Thamud" (kaum Nabi Soleh). Maka tidak ada seorangpun (dari kedua-dua kaum itu) yang dibiarkan hidup.


وَقَوۡمَ نُوحٖ مِّن قَبۡلُۖ إِنَّهُمۡ كَانُواْ هُمۡ أَظۡلَمَ وَأَطۡغَىٰ

Dan kaum Nabi Nuh sebelum itu (telah juga dibinasakan). Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat zalim dan sangat melampaui batas.


وَٱلۡمُؤۡتَفِكَةَ أَهۡوَىٰ

Dan bandar-bandar yang ditunggang balikkan itu, Dia lah yang (mengangkatnya ke angkasa dan) menghempaskannya ke bumi;


فَغَشَّىٰهَا مَا غَشَّىٰ

Lalu (penduduk) bandar-bandar itu diliputi azab seksa yang meliputinya.



الصفحة التالية
Icon