يَوۡمَ يُنفَخُ فِي ٱلصُّورِ فَتَأۡتُونَ أَفۡوَاجٗا
Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);
وَفُتِحَتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتۡ أَبۡوَٰبٗا
Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,
وَسُيِّرَتِ ٱلۡجِبَالُ فَكَانَتۡ سَرَابًا
Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.
إِنَّ جَهَنَّمَ كَانَتۡ مِرۡصَادٗا
Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan -
لِّلطَّـٰغِينَ مَـَٔابٗا
Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.
لَّـٰبِثِينَ فِيهَآ أَحۡقَابٗا
Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.
لَّا يَذُوقُونَ فِيهَا بَرۡدٗا وَلَا شَرَابًا
Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman -
إِلَّا حَمِيمٗا وَغَسَّاقٗا
Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, -