3. Dialah Yang Awal, Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin;*(830) dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.
____________________
*830). “Yang Awal” ialah yang telah ada sebelum segala sesuatu ada, “Yang Akhir” ialah yang tetap ada setelah segala sesuatu musnah, "Yang Zahir" ialah Yang Maha Tinggi, dan “Al Batin” ialah tidak ada sesuatu pun yang menghalangi-Nya dan Dia lebih dekat kepada makhluk daripada makhluk itu sendiri kepada dirinya.