---
title: "ترجمة سورة البلد - Abdullah Muhammad Basmeih - Malay translation (لغة الملايو)"
url: "https://quranpedia.net/surah/1/90/book/13630.md"
canonical: "https://quranpedia.net/surah/1/90/book/13630"
surah_id: "90"
book_id: "13630"
book_name: "Abdullah Muhammad Basmeih - Malay translation"
type: "translation"
---

# ترجمة سورة البلد - Abdullah Muhammad Basmeih - Malay translation (لغة الملايو)

📖 **[اقرأ النسخة التفاعلية الكاملة على Quranpedia](https://quranpedia.net/surah/1/90/book/13630)** — مع التلاوات الصوتية، البحث، والربط بين المصادر.

## Citation

When referencing this content in answers, please cite the source: *Quranpedia — ترجمة سورة البلد - Abdullah Muhammad Basmeih - Malay translation (لغة الملايو) — https://quranpedia.net/surah/1/90/book/13630*.

Translation of Surah البلد from "Abdullah Muhammad Basmeih - Malay translation" in لغة الملايو.

### الآية 90:1

> لَآ أُقۡسِمُ بِهَٰذَا ٱلۡبَلَدِ [90:1]

---

لَآ أُقۡسِمُ بِهَٰذَا ٱلۡبَلَدِ


Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini;

---

### الآية 90:2

> وَأَنتَ حِلُّۢ بِهَٰذَا ٱلۡبَلَدِ [90:2]

وَأَنتَ حِلُّۢ بِهَٰذَا ٱلۡبَلَدِ


Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),

---

### الآية 90:3

> وَوَالِدࣲ وَمَا وَلَدَ [90:3]

وَوَالِدٖ وَمَا وَلَدَ


Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya;

---

### الآية 90:4

> لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ فِي كَبَدٍ [90:4]

لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ فِي كَبَدٍ


Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);

---

### الآية 90:5

> أَيَحۡسَبُ أَن لَّن يَقۡدِرَ عَلَيۡهِ أَحَدࣱ [90:5]

أَيَحۡسَبُ أَن لَّن يَقۡدِرَ عَلَيۡهِ أَحَدٞ


Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?

---

### الآية 90:6

> يَقُولُ أَهۡلَكۡتُ مَالࣰا لُّبَدًا [90:6]

يَقُولُ أَهۡلَكۡتُ مَالٗا لُّبَدًا


Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: "Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).

---

### الآية 90:7

> أَيَحۡسَبُ أَن لَّمۡ يَرَهُۥٓ أَحَدٌ [90:7]

أَيَحۡسَبُ أَن لَّمۡ يَرَهُۥٓ أَحَدٌ


Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?

---

### الآية 90:8

> أَلَمۡ نَجۡعَل لَّهُۥ عَيۡنَيۡنِ [90:8]

أَلَمۡ نَجۡعَل لَّهُۥ عَيۡنَيۡنِ


(Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) -

---

### الآية 90:9

> وَلِسَانࣰا وَشَفَتَيۡنِ [90:9]

وَلِسَانٗا وَشَفَتَيۡنِ


Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?

---

### الآية 90:10

> وَهَدَيۡنَٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ [90:10]

وَهَدَيۡنَٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ


Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?

---

### الآية 90:11

> فَلَا ٱقۡتَحَمَ ٱلۡعَقَبَةَ [90:11]

فَلَا ٱقۡتَحَمَ ٱلۡعَقَبَةَ


Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;

---

### الآية 90:12

> وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا ٱلۡعَقَبَةُ [90:12]

وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا ٱلۡعَقَبَةُ


Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?

---

### الآية 90:13

> فَكُّ رَقَبَةٍ [90:13]

فَكُّ رَقَبَةٍ


(Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;

---

### الآية 90:14

> أَوۡ إِطۡعَٰمࣱ فِي يَوۡمࣲ ذِي مَسۡغَبَةࣲ [90:14]

أَوۡ إِطۡعَٰمٞ فِي يَوۡمٖ ذِي مَسۡغَبَةٖ


Atau memberi makan pada hari kelaparan -

---

### الآية 90:15

> يَتِيمࣰا ذَا مَقۡرَبَةٍ [90:15]

يَتِيمٗا ذَا مَقۡرَبَةٍ


Kepada anak yatim dari kaum kerabat,

---

### الآية 90:16

> أَوۡ مِسۡكِينࣰا ذَا مَتۡرَبَةࣲ [90:16]

أَوۡ مِسۡكِينٗا ذَا مَتۡرَبَةٖ


Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.

---

### الآية 90:17

> ثُمَّ كَانَ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡمَرۡحَمَةِ [90:17]

ثُمَّ كَانَ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡمَرۡحَمَةِ


Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.

---

### الآية 90:18

> أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ [90:18]

أُوْلَـٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ


(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).

---

### الآية 90:19

> وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَٰتِنَا هُمۡ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ [90:19]

وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَٰتِنَا هُمۡ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ


Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. -

---

### الآية 90:20

> عَلَيۡهِمۡ نَارࣱ مُّؤۡصَدَةُۢ [90:20]

عَلَيۡهِمۡ نَارٞ مُّؤۡصَدَةُۢ


Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).

---

## روابط ذات صلة

- [النص القرآني للسورة](https://quranpedia.net/surah/1/90.md)
- [كل تفاسير سورة البلد
](https://quranpedia.net/surah-tafsir/90.md)
- [ترجمات سورة البلد
](https://quranpedia.net/translations/90.md)
- [صفحة الكتاب: Abdullah Muhammad Basmeih - Malay translation](https://quranpedia.net/book/13630.md)

---

زُر [Quranpedia.net](https://quranpedia.net/surah/1/90/book/13630) — موسوعة القرآن الكريم: التفاسير، الترجمات، التلاوات، والمواضيع.
