---
title: "ترجمة سورة الواقعة - Abdullah Muhammad Basmeih - Malay translation (لغة الملايو)"
url: "https://quranpedia.net/surah/1/56/book/13630.md"
canonical: "https://quranpedia.net/surah/1/56/book/13630"
surah_id: "56"
book_id: "13630"
book_name: "Abdullah Muhammad Basmeih - Malay translation"
type: "translation"
---

# ترجمة سورة الواقعة - Abdullah Muhammad Basmeih - Malay translation (لغة الملايو)

📖 **[اقرأ النسخة التفاعلية الكاملة على Quranpedia](https://quranpedia.net/surah/1/56/book/13630)** — مع التلاوات الصوتية، البحث، والربط بين المصادر.

## Citation

When referencing this content in answers, please cite the source: *Quranpedia — ترجمة سورة الواقعة - Abdullah Muhammad Basmeih - Malay translation (لغة الملايو) — https://quranpedia.net/surah/1/56/book/13630*.

Translation of Surah الواقعة from "Abdullah Muhammad Basmeih - Malay translation" in لغة الملايو.

### الآية 56:1

> إِذَا وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ [56:1]

---

إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ


Apabila berlaku hari kiamat itu,

---

### الآية 56:2

> ﻿لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ [56:2]

لَيۡسَ لِوَقۡعَتِهَا كَاذِبَةٌ


Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.

---

### الآية 56:3

> ﻿خَافِضَةٌ رَافِعَةٌ [56:3]

خَافِضَةٞ رَّافِعَةٌ


Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).

---

### الآية 56:4

> ﻿إِذَا رُجَّتِ الْأَرْضُ رَجًّا [56:4]

إِذَا رُجَّتِ ٱلۡأَرۡضُ رَجّٗا


(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.

---

### الآية 56:5

> ﻿وَبُسَّتِ الْجِبَالُ بَسًّا [56:5]

وَبُسَّتِ ٱلۡجِبَالُ بَسّٗا


Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,

---

### الآية 56:6

> ﻿فَكَانَتْ هَبَاءً مُنْبَثًّا [56:6]

فَكَانَتۡ هَبَآءٗ مُّنۢبَثّٗا


Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,

---

### الآية 56:7

> ﻿وَكُنْتُمْ أَزْوَاجًا ثَلَاثَةً [56:7]

وَكُنتُمۡ أَزۡوَٰجٗا ثَلَٰثَةٗ


Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);

---

### الآية 56:8

> ﻿فَأَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ [56:8]

فَأَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ


Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?

---

### الآية 56:9

> ﻿وَأَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ [56:9]

وَأَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ


Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?

---

### الآية 56:10

> ﻿وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ [56:10]

وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلسَّـٰبِقُونَ


Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);

---

### الآية 56:11

> ﻿أُولَٰئِكَ الْمُقَرَّبُونَ [56:11]

أُوْلَـٰٓئِكَ ٱلۡمُقَرَّبُونَ


Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),

---

### الآية 56:12

> ﻿فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ [56:12]

فِي جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ


(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.

---

### الآية 56:13

> ﻿ثُلَّةٌ مِنَ الْأَوَّلِينَ [56:13]

ثُلَّةٞ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ


(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;

---

### الآية 56:14

> ﻿وَقَلِيلٌ مِنَ الْآخِرِينَ [56:14]

وَقَلِيلٞ مِّنَ ٱلۡأٓخِرِينَ


Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.

---

### الآية 56:15

> ﻿عَلَىٰ سُرُرٍ مَوْضُونَةٍ [56:15]

عَلَىٰ سُرُرٖ مَّوۡضُونَةٖ


(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;

---

### الآية 56:16

> ﻿مُتَّكِئِينَ عَلَيْهَا مُتَقَابِلِينَ [56:16]

مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيۡهَا مُتَقَٰبِلِينَ


Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.

---

### الآية 56:17

> ﻿يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُخَلَّدُونَ [56:17]

يَطُوفُ عَلَيۡهِمۡ وِلۡدَٰنٞ مُّخَلَّدُونَ


Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -

---

### الآية 56:18

> ﻿بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِينٍ [56:18]

بِأَكۡوَابٖ وَأَبَارِيقَ وَكَأۡسٖ مِّن مَّعِينٖ


Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.

---

### الآية 56:19

> ﻿لَا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنْزِفُونَ [56:19]

لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡهَا وَلَا يُنزِفُونَ


Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.

---

### الآية 56:20

> ﻿وَفَاكِهَةٍ مِمَّا يَتَخَيَّرُونَ [56:20]

وَفَٰكِهَةٖ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ


Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,

---

### الآية 56:21

> ﻿وَلَحْمِ طَيْرٍ مِمَّا يَشْتَهُونَ [56:21]

وَلَحۡمِ طَيۡرٖ مِّمَّا يَشۡتَهُونَ


Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.

---

### الآية 56:22

> ﻿وَحُورٌ عِينٌ [56:22]

وَحُورٌ عِينٞ


Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,

---

### الآية 56:23

> ﻿كَأَمْثَالِ اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ [56:23]

كَأَمۡثَٰلِ ٱللُّؤۡلُوِٕ ٱلۡمَكۡنُونِ


Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

---

### الآية 56:24

> ﻿جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ [56:24]

جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ


(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.

---

### الآية 56:25

> ﻿لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلَا تَأْثِيمًا [56:25]

لَا يَسۡمَعُونَ فِيهَا لَغۡوٗا وَلَا تَأۡثِيمًا


Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -

---

### الآية 56:26

> ﻿إِلَّا قِيلًا سَلَامًا سَلَامًا [56:26]

إِلَّا قِيلٗا سَلَٰمٗا سَلَٰمٗا


Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).

---

### الآية 56:27

> ﻿وَأَصْحَابُ الْيَمِينِ مَا أَصْحَابُ الْيَمِينِ [56:27]

وَأَصۡحَٰبُ ٱلۡيَمِينِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡيَمِينِ


Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?

---

### الآية 56:28

> ﻿فِي سِدْرٍ مَخْضُودٍ [56:28]

فِي سِدۡرٖ مَّخۡضُودٖ


Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.

---

### الآية 56:29

> ﻿وَطَلْحٍ مَنْضُودٍ [56:29]

وَطَلۡحٖ مَّنضُودٖ


Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,

---

### الآية 56:30

> ﻿وَظِلٍّ مَمْدُودٍ [56:30]

وَظِلّٖ مَّمۡدُودٖ


Dan naungan yang tetap terbentang,

---

### الآية 56:31

> ﻿وَمَاءٍ مَسْكُوبٍ [56:31]

وَمَآءٖ مَّسۡكُوبٖ


Dan air yang sentiasa mengalir,

---

### الآية 56:32

> ﻿وَفَاكِهَةٍ كَثِيرَةٍ [56:32]

وَفَٰكِهَةٖ كَثِيرَةٖ


Serta buah-buahan yang banyak,

---

### الآية 56:33

> ﻿لَا مَقْطُوعَةٍ وَلَا مَمْنُوعَةٍ [56:33]

لَّا مَقۡطُوعَةٖ وَلَا مَمۡنُوعَةٖ


Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,

---

### الآية 56:34

> ﻿وَفُرُشٍ مَرْفُوعَةٍ [56:34]

وَفُرُشٖ مَّرۡفُوعَةٍ


Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.

---

### الآية 56:35

> ﻿إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً [56:35]

إِنَّآ أَنشَأۡنَٰهُنَّ إِنشَآءٗ


Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

---

### الآية 56:36

> ﻿فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا [56:36]

فَجَعَلۡنَٰهُنَّ أَبۡكَارًا


Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

---

### الآية 56:37

> ﻿عُرُبًا أَتْرَابًا [56:37]

عُرُبًا أَتۡرَابٗا


Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

---

### الآية 56:38

> ﻿لِأَصْحَابِ الْيَمِينِ [56:38]

لِّأَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ


(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

---

### الآية 56:39

> ﻿ثُلَّةٌ مِنَ الْأَوَّلِينَ [56:39]

ثُلَّةٞ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ


Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,

---

### الآية 56:40

> ﻿وَثُلَّةٌ مِنَ الْآخِرِينَ [56:40]

وَثُلَّةٞ مِّنَ ٱلۡأٓخِرِينَ


Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.

---

### الآية 56:41

> ﻿وَأَصْحَابُ الشِّمَالِ مَا أَصْحَابُ الشِّمَالِ [56:41]

وَأَصۡحَٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلشِّمَالِ


Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?

---

### الآية 56:42

> ﻿فِي سَمُومٍ وَحَمِيمٍ [56:42]

فِي سَمُومٖ وَحَمِيمٖ


Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak

---

### الآية 56:43

> ﻿وَظِلٍّ مِنْ يَحْمُومٍ [56:43]

وَظِلّٖ مِّن يَحۡمُومٖ


Serta naungan dari asap hitam,

---

### الآية 56:44

> ﻿لَا بَارِدٍ وَلَا كَرِيمٍ [56:44]

لَّا بَارِدٖ وَلَا كَرِيمٍ


Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.

---

### الآية 56:45

> ﻿إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَٰلِكَ مُتْرَفِينَ [56:45]

إِنَّهُمۡ كَانُواْ قَبۡلَ ذَٰلِكَ مُتۡرَفِينَ


Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).

---

### الآية 56:46

> ﻿وَكَانُوا يُصِرُّونَ عَلَى الْحِنْثِ الْعَظِيمِ [56:46]

وَكَانُواْ يُصِرُّونَ عَلَى ٱلۡحِنثِ ٱلۡعَظِيمِ


Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,

---

### الآية 56:47

> ﻿وَكَانُوا يَقُولُونَ أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَامًا أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ [56:47]

وَكَانُواْ يَقُولُونَ أَئِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابٗا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَبۡعُوثُونَ


Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?

---

### الآية 56:48

> ﻿أَوَآبَاؤُنَا الْأَوَّلُونَ [56:48]

أَوَءَابَآؤُنَا ٱلۡأَوَّلُونَ


"Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "

---

### الآية 56:49

> ﻿قُلْ إِنَّ الْأَوَّلِينَ وَالْآخِرِينَ [56:49]

قُلۡ إِنَّ ٱلۡأَوَّلِينَ وَٱلۡأٓخِرِينَ


Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,

---

### الآية 56:50

> ﻿لَمَجْمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَاتِ يَوْمٍ مَعْلُومٍ [56:50]

لَمَجۡمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَٰتِ يَوۡمٖ مَّعۡلُومٖ


"Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.

---

### الآية 56:51

> ﻿ثُمَّ إِنَّكُمْ أَيُّهَا الضَّالُّونَ الْمُكَذِّبُونَ [56:51]

ثُمَّ إِنَّكُمۡ أَيُّهَا ٱلضَّآلُّونَ ٱلۡمُكَذِّبُونَ


"Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),

---

### الآية 56:52

> ﻿لَآكِلُونَ مِنْ شَجَرٍ مِنْ زَقُّومٍ [56:52]

لَأٓكِلُونَ مِن شَجَرٖ مِّن زَقُّومٖ


Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,

---

### الآية 56:53

> ﻿فَمَالِئُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ [56:53]

فَمَالِـُٔونَ مِنۡهَا ٱلۡبُطُونَ


"Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,

---

### الآية 56:54

> ﻿فَشَارِبُونَ عَلَيْهِ مِنَ الْحَمِيمِ [56:54]

فَشَٰرِبُونَ عَلَيۡهِ مِنَ ٱلۡحَمِيمِ


"Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,

---

### الآية 56:55

> ﻿فَشَارِبُونَ شُرْبَ الْهِيمِ [56:55]

فَشَٰرِبُونَ شُرۡبَ ٱلۡهِيمِ


"Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".

---

### الآية 56:56

> ﻿هَٰذَا نُزُلُهُمْ يَوْمَ الدِّينِ [56:56]

هَٰذَا نُزُلُهُمۡ يَوۡمَ ٱلدِّينِ


Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.

---

### الآية 56:57

> ﻿نَحْنُ خَلَقْنَاكُمْ فَلَوْلَا تُصَدِّقُونَ [56:57]

نَحۡنُ خَلَقۡنَٰكُمۡ فَلَوۡلَا تُصَدِّقُونَ


Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).

---

### الآية 56:58

> ﻿أَفَرَأَيْتُمْ مَا تُمْنُونَ [56:58]

أَفَرَءَيۡتُم مَّا تُمۡنُونَ


(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?

---

### الآية 56:59

> ﻿أَأَنْتُمْ تَخْلُقُونَهُ أَمْ نَحْنُ الْخَالِقُونَ [56:59]

ءَأَنتُمۡ تَخۡلُقُونَهُۥٓ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡخَٰلِقُونَ


Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?

---

### الآية 56:60

> ﻿نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ الْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ [56:60]

نَحۡنُ قَدَّرۡنَا بَيۡنَكُمُ ٱلۡمَوۡتَ وَمَا نَحۡنُ بِمَسۡبُوقِينَ


Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;

---

### الآية 56:61

> ﻿عَلَىٰ أَنْ نُبَدِّلَ أَمْثَالَكُمْ وَنُنْشِئَكُمْ فِي مَا لَا تَعْلَمُونَ [56:61]

عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ أَمۡثَٰلَكُمۡ وَنُنشِئَكُمۡ فِي مَا لَا تَعۡلَمُونَ


(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.

---

### الآية 56:62

> ﻿وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ النَّشْأَةَ الْأُولَىٰ فَلَوْلَا تَذَكَّرُونَ [56:62]

وَلَقَدۡ عَلِمۡتُمُ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأُولَىٰ فَلَوۡلَا تَذَكَّرُونَ


Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).

---

### الآية 56:63

> ﻿أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَحْرُثُونَ [56:63]

أَفَرَءَيۡتُم مَّا تَحۡرُثُونَ


Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?

---

### الآية 56:64

> ﻿أَأَنْتُمْ تَزْرَعُونَهُ أَمْ نَحْنُ الزَّارِعُونَ [56:64]

ءَأَنتُمۡ تَزۡرَعُونَهُۥٓ أَمۡ نَحۡنُ ٱلزَّـٰرِعُونَ


Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?

---

### الآية 56:65

> ﻿لَوْ نَشَاءُ لَجَعَلْنَاهُ حُطَامًا فَظَلْتُمْ تَفَكَّهُونَ [56:65]

لَوۡ نَشَآءُ لَجَعَلۡنَٰهُ حُطَٰمٗا فَظَلۡتُمۡ تَفَكَّهُونَ


Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,

---

### الآية 56:66

> ﻿إِنَّا لَمُغْرَمُونَ [56:66]

إِنَّا لَمُغۡرَمُونَ


(Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian.

---

### الآية 56:67

> ﻿بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ [56:67]

بَلۡ نَحۡنُ مَحۡرُومُونَ


"Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) "

---

### الآية 56:68

> ﻿أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ [56:68]

أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلۡمَآءَ ٱلَّذِي تَشۡرَبُونَ


Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?

---

### الآية 56:69

> ﻿أَأَنْتُمْ أَنْزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنْزِلُونَ [56:69]

ءَأَنتُمۡ أَنزَلۡتُمُوهُ مِنَ ٱلۡمُزۡنِ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنزِلُونَ


Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?

---

### الآية 56:70

> ﻿لَوْ نَشَاءُ جَعَلْنَاهُ أُجَاجًا فَلَوْلَا تَشْكُرُونَ [56:70]

لَوۡ نَشَآءُ جَعَلۡنَٰهُ أُجَاجٗا فَلَوۡلَا تَشۡكُرُونَ


Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.

---

### الآية 56:71

> ﻿أَفَرَأَيْتُمُ النَّارَ الَّتِي تُورُونَ [56:71]

أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلنَّارَ ٱلَّتِي تُورُونَ


Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?

---

### الآية 56:72

> ﻿أَأَنْتُمْ أَنْشَأْتُمْ شَجَرَتَهَا أَمْ نَحْنُ الْمُنْشِئُونَ [56:72]

ءَأَنتُمۡ أَنشَأۡتُمۡ شَجَرَتَهَآ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنشِـُٔونَ


Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?

---

### الآية 56:73

> ﻿نَحْنُ جَعَلْنَاهَا تَذْكِرَةً وَمَتَاعًا لِلْمُقْوِينَ [56:73]

نَحۡنُ جَعَلۡنَٰهَا تَذۡكِرَةٗ وَمَتَٰعٗا لِّلۡمُقۡوِينَ


Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.

---

### الآية 56:74

> ﻿فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ [56:74]

فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ


Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).

---

### الآية 56:75

> ﻿۞ فَلَا أُقْسِمُ بِمَوَاقِعِ النُّجُومِ [56:75]

۞فَلَآ أُقۡسِمُ بِمَوَٰقِعِ ٱلنُّجُومِ


Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -

---

### الآية 56:76

> ﻿وَإِنَّهُ لَقَسَمٌ لَوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ [56:76]

وَإِنَّهُۥ لَقَسَمٞ لَّوۡ تَعۡلَمُونَ عَظِيمٌ


Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -

---

### الآية 56:77

> ﻿إِنَّهُ لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ [56:77]

إِنَّهُۥ لَقُرۡءَانٞ كَرِيمٞ


Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),

---

### الآية 56:78

> ﻿فِي كِتَابٍ مَكْنُونٍ [56:78]

فِي كِتَٰبٖ مَّكۡنُونٖ


Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,

---

### الآية 56:79

> ﻿لَا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ [56:79]

لَّا يَمَسُّهُۥٓ إِلَّا ٱلۡمُطَهَّرُونَ


Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;

---

### الآية 56:80

> ﻿تَنْزِيلٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ [56:80]

تَنزِيلٞ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ


Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

---

### الآية 56:81

> ﻿أَفَبِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَنْتُمْ مُدْهِنُونَ [56:81]

أَفَبِهَٰذَا ٱلۡحَدِيثِ أَنتُم مُّدۡهِنُونَ


Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?

---

### الآية 56:82

> ﻿وَتَجْعَلُونَ رِزْقَكُمْ أَنَّكُمْ تُكَذِّبُونَ [56:82]

وَتَجۡعَلُونَ رِزۡقَكُمۡ أَنَّكُمۡ تُكَذِّبُونَ


Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?

---

### الآية 56:83

> ﻿فَلَوْلَا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ [56:83]

فَلَوۡلَآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلۡحُلۡقُومَ


Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -

---

### الآية 56:84

> ﻿وَأَنْتُمْ حِينَئِذٍ تَنْظُرُونَ [56:84]

وَأَنتُمۡ حِينَئِذٖ تَنظُرُونَ


Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -

---

### الآية 56:85

> ﻿وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْكُمْ وَلَٰكِنْ لَا تُبْصِرُونَ [56:85]

وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنكُمۡ وَلَٰكِن لَّا تُبۡصِرُونَ


Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,

---

### الآية 56:86

> ﻿فَلَوْلَا إِنْ كُنْتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ [56:86]

فَلَوۡلَآ إِن كُنتُمۡ غَيۡرَ مَدِينِينَ


Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -

---

### الآية 56:87

> ﻿تَرْجِعُونَهَا إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ [56:87]

تَرۡجِعُونَهَآ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ


Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?

---

### الآية 56:88

> ﻿فَأَمَّا إِنْ كَانَ مِنَ الْمُقَرَّبِينَ [56:88]

فَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ


Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",

---

### الآية 56:89

> ﻿فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌ وَجَنَّتُ نَعِيمٍ [56:89]

فَرَوۡحٞ وَرَيۡحَانٞ وَجَنَّتُ نَعِيمٖ


Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.

---

### الآية 56:90

> ﻿وَأَمَّا إِنْ كَانَ مِنْ أَصْحَابِ الْيَمِينِ [56:90]

وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنۡ أَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ


Dan jika ia dari puak kanan,

---

### الآية 56:91

> ﻿فَسَلَامٌ لَكَ مِنْ أَصْحَابِ الْيَمِينِ [56:91]

فَسَلَٰمٞ لَّكَ مِنۡ أَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ


Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".

---

### الآية 56:92

> ﻿وَأَمَّا إِنْ كَانَ مِنَ الْمُكَذِّبِينَ الضَّالِّينَ [56:92]

وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُكَذِّبِينَ ٱلضَّآلِّينَ


Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,

---

### الآية 56:93

> ﻿فَنُزُلٌ مِنْ حَمِيمٍ [56:93]

فَنُزُلٞ مِّنۡ حَمِيمٖ


Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,

---

### الآية 56:94

> ﻿وَتَصْلِيَةُ جَحِيمٍ [56:94]

وَتَصۡلِيَةُ جَحِيمٍ


Serta bakaran api neraka.

---

### الآية 56:95

> ﻿إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ حَقُّ الْيَقِينِ [56:95]

إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ حَقُّ ٱلۡيَقِينِ


Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.

---

### الآية 56:96

> ﻿فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ [56:96]

فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ


Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

---

## روابط ذات صلة

- [النص القرآني للسورة](https://quranpedia.net/surah/1/56.md)
- [كل تفاسير سورة الواقعة
](https://quranpedia.net/surah-tafsir/56.md)
- [ترجمات سورة الواقعة
](https://quranpedia.net/translations/56.md)
- [صفحة الكتاب: Abdullah Muhammad Basmeih - Malay translation](https://quranpedia.net/book/13630.md)

---

زُر [Quranpedia.net](https://quranpedia.net/surah/1/56/book/13630) — موسوعة القرآن الكريم: التفاسير، الترجمات، التلاوات، والمواضيع.
