Surah Quraish dalam Bahasa Melayu
سورة قريش · Ayat: 4 · Makkiyah
Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih - Malay translation
-
1
لِإِيلَٰفِ قُرَيۡشٍ
Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah) -
2
إِۦلَٰفِهِمۡ رِحۡلَةَ ٱلشِّتَآءِ وَٱلصَّيۡفِ
(laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam), -
3
فَلۡيَعۡبُدُواْ رَبَّ هَٰذَا ٱلۡبَيۡتِ
Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, -
4
ٱلَّذِيٓ أَطۡعَمَهُم مِّن جُوعࣲ وَءَامَنَهُم مِّنۡ خَوۡفِۭ
Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.