Surah Al-Fajr dalam Bahasa Melayu

سورة الفجر

Makkiyah Ayat: 30 Juzuk 30 Halaman 593 Susunan penurunan: 10

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡفَجۡرِ ١

Demi waktu fajar;

وَلَيَالٍ عَشۡرࣲ ٢


Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);

وَٱلشَّفۡعِ وَٱلۡوَتۡرِ ٣


Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;

وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَسۡرِ ٤


Dan malam, apabila ia berlalu; -

هَلۡ فِي ذَٰلِكَ قَسَمࣱ لِّذِي حِجۡرٍ ٥


Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?

أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ ٦


(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)

إِرَمَ ذَاتِ ٱلۡعِمَادِ ٧


Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)

ٱلَّتِي لَمۡ يُخۡلَقۡ مِثۡلُهَا فِي ٱلۡبِلَٰدِ ٨


Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?

وَثَمُودَ ٱلَّذِينَ جَابُواْ ٱلصَّخۡرَ بِٱلۡوَادِ ٩


Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?

وَفِرۡعَوۡنَ ذِي ٱلۡأَوۡتَادِ ١٠


Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?

ٱلَّذِينَ طَغَوۡاْ فِي ٱلۡبِلَٰدِ ١١


(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).

فَأَكۡثَرُواْ فِيهَا ٱلۡفَسَادَ ١٢


Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.

فَصَبَّ عَلَيۡهِمۡ رَبُّكَ سَوۡطَ عَذَابٍ ١٣


Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;

إِنَّ رَبَّكَ لَبِٱلۡمِرۡصَادِ ١٤


Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)

فَأَمَّا ٱلۡإِنسَٰنُ إِذَا مَا ٱبۡتَلَىٰهُ رَبُّهُۥ فَأَكۡرَمَهُۥ وَنَعَّمَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّيٓ أَكۡرَمَنِ ١٥


(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"

وَأَمَّآ إِذَا مَا ٱبۡتَلَىٰهُ فَقَدَرَ عَلَيۡهِ رِزۡقَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّيٓ أَهَٰنَنِ ١٦


Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"

كَلَّاۖ بَل لَّا تُكۡرِمُونَ ٱلۡيَتِيمَ ١٧


Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);

وَلَا تَحَٰٓضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ ١٨


Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;

وَتَأۡكُلُونَ ٱلتُّرَاثَ أَكۡلࣰا لَّمࣰّا ١٩


Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),

وَتُحِبُّونَ ٱلۡمَالَ حُبࣰّا جَمࣰّا ٢٠


Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!

كَلَّآۖ إِذَا دُكَّتِ ٱلۡأَرۡضُ دَكࣰّا دَكࣰّا ٢١


Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,

وَجَآءَ رَبُّكَ وَٱلۡمَلَكُ صَفࣰّا صَفࣰّا ٢٢


Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),

وَجِاْيٓءَ يَوۡمَئِذِۭ بِجَهَنَّمَۚ يَوۡمَئِذࣲ يَتَذَكَّرُ ٱلۡإِنسَٰنُ وَأَنَّىٰ لَهُ ٱلذِّكۡرَىٰ ٢٣


Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?

يَقُولُ يَٰلَيۡتَنِي قَدَّمۡتُ لِحَيَاتِي ٢٤


Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"

فَيَوۡمَئِذࣲ لَّا يُعَذِّبُ عَذَابَهُۥٓ أَحَدࣱ ٢٥


Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.

وَلَا يُوثِقُ وَثَاقَهُۥٓ أَحَدࣱ ٢٦


Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.

يَٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَئِنَّةُ ٢٧


(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

ٱرۡجِعِيٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةࣰ مَّرۡضِيَّةࣰ ٢٨


"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

فَٱدۡخُلِي فِي عِبَٰدِي ٢٩


"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -

وَٱدۡخُلِي جَنَّتِي ٣٠


"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "

Tafsir surah ini dalam bahasa Arab Abdullah Muhammad Basmeih - Malay translation

Surah

1 Al-Fatihah 7 ayat · Makkiyah Juzuk 1 · Diturunkan ke-5 الفاتحة 2 Al-Baqarah 286 ayat · Madaniyah Juzuk 1 · Diturunkan ke-87 البقرة 3 Al-Imran 200 ayat · Madaniyah Juzuk 3 · Diturunkan ke-89 آل عمران 4 An-Nisa' 176 ayat · Madaniyah Juzuk 4 · Diturunkan ke-92 النساء 5 Al-Ma'idah 120 ayat · Madaniyah Juzuk 6 · Diturunkan ke-112 المائدة 6 Al-An'am 165 ayat · Makkiyah Juzuk 7 · Diturunkan ke-55 الأنعام 7 Al-A'raf 206 ayat · Makkiyah Juzuk 8 · Diturunkan ke-39 الأعراف 8 Al-Anfal 75 ayat · Madaniyah Juzuk 9 · Diturunkan ke-88 الأنفال 9 At-Taubah 129 ayat · Madaniyah Juzuk 10 · Diturunkan ke-113 التوبة 10 Yunus 109 ayat · Makkiyah Juzuk 11 · Diturunkan ke-51 يونس 11 Hood 123 ayat · Makkiyah Juzuk 11 · Diturunkan ke-52 هود 12 Yusuf 111 ayat · Makkiyah Juzuk 12 · Diturunkan ke-53 يوسف 13 Ar-Ra'd 43 ayat · Madaniyah Juzuk 13 · Diturunkan ke-96 الرعد 14 Ibrahim 52 ayat · Makkiyah Juzuk 13 · Diturunkan ke-72 إبراهيم 15 Al-Hijr 99 ayat · Makkiyah Juzuk 14 · Diturunkan ke-54 الحجر 16 An-Nahl 128 ayat · Makkiyah Juzuk 14 · Diturunkan ke-70 النحل 17 Al-Isra 111 ayat · Makkiyah Juzuk 15 · Diturunkan ke-50 الإسراء 18 Al-Kahf 110 ayat · Makkiyah Juzuk 15 · Diturunkan ke-69 الكهف 19 Maryam 98 ayat · Makkiyah Juzuk 16 · Diturunkan ke-44 مريم 20 Ta­Ha 135 ayat · Makkiyah Juzuk 16 · Diturunkan ke-45 طه 21 Al-Anbiya' 112 ayat · Makkiyah Juzuk 17 · Diturunkan ke-73 الأنبياء 22 Al-Hajj 78 ayat · Madaniyah Juzuk 17 · Diturunkan ke-103 الحج 23 Al-Mu'minun 118 ayat · Makkiyah Juzuk 18 · Diturunkan ke-74 المؤمنون 24 An-Nur 64 ayat · Madaniyah Juzuk 18 · Diturunkan ke-102 النور 25 Al-Furqan 77 ayat · Makkiyah Juzuk 18 · Diturunkan ke-42 الفرقان 26 Ash-Shu'ara' 227 ayat · Makkiyah Juzuk 19 · Diturunkan ke-47 الشعراء 27 An-Naml 93 ayat · Makkiyah Juzuk 19 · Diturunkan ke-48 النمل 28 Al-Qasas 88 ayat · Makkiyah Juzuk 20 · Diturunkan ke-49 القصص 29 Al-'Ankabut 69 ayat · Makkiyah Juzuk 20 · Diturunkan ke-85 العنكبوت 30 Ar­Room 60 ayat · Makkiyah Juzuk 21 · Diturunkan ke-84 الروم 31 Luqman 34 ayat · Makkiyah Juzuk 21 · Diturunkan ke-57 لقمان 32 As­Sajdah 30 ayat · Makkiyah Juzuk 21 · Diturunkan ke-75 السجدة 33 Al­Ahzab 73 ayat · Madaniyah Juzuk 21 · Diturunkan ke-90 الأحزاب 34 Saba' 54 ayat · Makkiyah Juzuk 22 · Diturunkan ke-58 سبأ 35 Fatir 45 ayat · Makkiyah Juzuk 22 · Diturunkan ke-43 فاطر 36 Ya­Sin 83 ayat · Makkiyah Juzuk 22 · Diturunkan ke-41 يس 37 As-Saffat 182 ayat · Makkiyah Juzuk 23 · Diturunkan ke-56 الصافات 38 Sad 88 ayat · Makkiyah Juzuk 23 · Diturunkan ke-38 ص 39 Az-Zumar 75 ayat · Makkiyah Juzuk 23 · Diturunkan ke-59 الزمر 40 Ghafir 85 ayat · Makkiyah Juzuk 24 · Diturunkan ke-60 غافر 41 Fussilat 54 ayat · Makkiyah Juzuk 24 · Diturunkan ke-61 فصلت 42 Ash-Shura 53 ayat · Makkiyah Juzuk 25 · Diturunkan ke-62 الشورى 43 Az-Zukhruf 89 ayat · Makkiyah Juzuk 25 · Diturunkan ke-63 الزخرف 44 Ad-Dukhan 59 ayat · Makkiyah Juzuk 25 · Diturunkan ke-64 الدخان 45 Al-Jathiya 37 ayat · Makkiyah Juzuk 25 · Diturunkan ke-65 الجاثية 46 Al-Ahqaf 35 ayat · Makkiyah Juzuk 26 · Diturunkan ke-66 الأحقاف 47 Muhammad 38 ayat · Madaniyah Juzuk 26 · Diturunkan ke-96 محمد 48 Al-Fath 29 ayat · Madaniyah Juzuk 26 · Diturunkan ke-111 الفتح 49 Al-Hujurat 18 ayat · Madaniyah Juzuk 26 · Diturunkan ke-106 الحجرات 50 Qaf 45 ayat · Makkiyah Juzuk 26 · Diturunkan ke-34 ق 51 Az-Zariyat 60 ayat · Makkiyah Juzuk 26 · Diturunkan ke-67 الذاريات 52 At-Tur 49 ayat · Makkiyah Juzuk 27 · Diturunkan ke-76 الطور 53 An-Najm 62 ayat · Makkiyah Juzuk 27 · Diturunkan ke-23 النجم 54 Al-Qamar 55 ayat · Makkiyah Juzuk 27 · Diturunkan ke-37 القمر 55 Ar-Rahman 78 ayat · Madaniyah Juzuk 27 · Diturunkan ke-97 الرحمن 56 Al-Waqi'ah 96 ayat · Makkiyah Juzuk 27 · Diturunkan ke-46 الواقعة 57 Al-Hadid 29 ayat · Madaniyah Juzuk 27 · Diturunkan ke-94 الحديد 58 Al-Mujadilah 22 ayat · Madaniyah Juzuk 28 · Diturunkan ke-105 المجادلة 59 Al-Hashr 24 ayat · Madaniyah Juzuk 28 · Diturunkan ke-101 الحشر 60 Al-Mumtahinah 13 ayat · Madaniyah Juzuk 28 · Diturunkan ke-91 الممتحنة 61 As-Saff 14 ayat · Madaniyah Juzuk 28 · Diturunkan ke-109 الصف 62 Al-Jumu'ah 11 ayat · Madaniyah Juzuk 28 · Diturunkan ke-110 الجمعة 63 Al-Munafiqun 11 ayat · Madaniyah Juzuk 28 · Diturunkan ke-104 المنافقون 64 At-Taghabun 18 ayat · Madaniyah Juzuk 28 · Diturunkan ke-108 التغابن 65 At-Talaq 12 ayat · Madaniyah Juzuk 28 · Diturunkan ke-99 الطلاق 66 At-Tahrim 12 ayat · Madaniyah Juzuk 28 · Diturunkan ke-107 التحريم 67 Al-Mulk 30 ayat · Makkiyah Juzuk 29 · Diturunkan ke-77 الملك 68 Al-Qalam 52 ayat · Makkiyah Juzuk 29 · Diturunkan ke-2 القلم 69 Al-Haqqah 52 ayat · Makkiyah Juzuk 29 · Diturunkan ke-87 الحاقة 70 Al-Ma'arij 44 ayat · Makkiyah Juzuk 29 · Diturunkan ke-79 المعارج 71 Nooh 28 ayat · Makkiyah Juzuk 29 · Diturunkan ke-71 نوح 72 Al-Jinn 28 ayat · Makkiyah Juzuk 29 · Diturunkan ke-40 الجن 73 Al-Muzzammil 20 ayat · Makkiyah Juzuk 29 · Diturunkan ke-3 المزمل 74 Al-Muddaththir 56 ayat · Makkiyah Juzuk 29 · Diturunkan ke-4 المدثر 75 Al-Qiyamah 40 ayat · Makkiyah Juzuk 29 · Diturunkan ke-31 القيامة 76 Al-Insan 31 ayat · Madaniyah Juzuk 29 · Diturunkan ke-98 الإنسان 77 Al-Mursalat 50 ayat · Makkiyah Juzuk 29 · Diturunkan ke-33 المرسلات 78 An-Naba' 40 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-80 النبأ 79 An-Nazi'at 46 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-81 النازعات 80 'Abasa 42 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-24 عبس 81 At-Takwir 29 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-7 التكوير 82 Al-Infitar 19 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-82 الإنفطار 83 Al-Mutaffifin 36 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-86 المطففين 84 Al-Inshiqaq 25 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-83 الإنشقاق 85 Al-Buruj 22 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-27 البروج 86 At-Tariq 17 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-36 الطارق 87 Al-A'la 19 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-8 الأعلى 88 Al-Ghashiyah 26 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-68 الغاشية 89 Al-Fajr 30 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-10 الفجر 90 Al-Balad 20 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-35 البلد 91 Ash-Shams 15 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-26 الشمس 92 Al-Lail 21 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-9 الليل 93 Ad-Duha 11 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-11 الضحى 94 Ash-Sharh 8 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-12 الشرح 95 At-Tin 8 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-28 التين 96 Al-'Alaq 19 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-1 العلق 97 Al-Qadr 5 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-25 القدر 98 Al-Baiyinah 8 ayat · Madaniyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-100 البينة 99 Az-Zalzalah 8 ayat · Madaniyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-93 الزلزلة 100 Al-'Adiyat 11 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-14 العاديات 101 Al-Qari'ah 11 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-30 القارعة 102 At-Takathur 8 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-16 التكاثر 103 Al-'Asr 3 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-13 العصر 104 Al-Humazah 9 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-32 الهمزة 105 Al-Fil 5 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-19 الفيل 106 Quraish 4 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-29 قريش 107 Al-Ma'un 7 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-17 الماعون 108 Al-Kauthar 3 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-15 الكوثر 109 Al-Kafirun 6 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-18 الكافرون 110 An-Nasr 3 ayat · Madaniyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-114 النصر 111 Al-Masad 5 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-6 المسد 112 Al-Ikhlas 4 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-22 الإخلاص 113 Al-Falaq 5 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-20 الفلق 114 An-Nas 6 ayat · Makkiyah Juzuk 30 · Diturunkan ke-21 الناس

Tetapan bacaan

Paparan
Saiz teks Arab
100%
Saiz terjemahan
100%
Jarak baris
Tema

Ayat

Tafsir bahasa Arab
Serlahkan

Serlahan disimpan dalam pelayar ini dan disenaraikan di halaman penanda buku. /bookmarks